Saturday, May 26, 2012

Pengenalan Kepada Hartanah

Harta tanah ditafsirkan sebagai tempat dimana anda meletakkan sejumlah wang bagi tujuan menjamin pemilikan dan kemudian mengaut keuntungan pendapatan yang berterusan daripada para penyewa atau membuat keuntungan dengan cepat iaitu jualan semula. Dengan perbelanjaan modal yang minimum dan pembiayaan dari bank, anda dapat memperolehi keuntungan segera keatas nilai penuh hartanah. Lebih banyak harta tanah yang anda miliki, lebih kayalah anda. 


Harta tanah merupakan satu bentuk pelaburan yang mengagumkan. Ia mampu menjana wang dan pendapatan yang berterusan. Anda mampu menjana wang tanpa mengira berapa banyak jumlah permulaan pelaburan anda. Orang golongan pertengahan yang menjadi pelabur, dengan segera telah mendapat status jutawan dengan membuat pilihan pelaburan yang bijak berdasarkan maklumat dan pemilihan yang tepat. Dalam keadaan ekonomi yang kukuh, ramai pelabur-pelabur yang akan mengambil kesempatan daripada nilai harta tanah yang meningkat bagi menjana kewangan mereka. Pelabur akan menjual milikan mereka pada harga belian yang lebih rendah.


[Sumber: Broker Hartanah]
26 Mei 2012
11:54 PM


Laman web ini akan menceritakan serba ringkas mengenai mereka-mereka yang telah berjaya dalam sektor hartanah.